pages

Tuesday, 15 November 2016

5 PETUA KURANGKAN PEDAS DALAM MASAKAN




Assalammualaikum & selamat sejahtera semua.

Hai, kali ni Misz Aira nak kongsikan kepada anda 5 petua untuk mengurangkan pedas dalam masakan. Bila memasak masakan yang bercili ni kadang-kadang tu kita terlebih masukkan cili kering menyebabkan masakan sangat pedas.  Tapi terpulang juga pada individu, ada yang suka makan pedas, sederhana pedas atau biasa-biasa je pedasnya. Jom kita lihat 5 petua untuk kurangkan pedas dalam masakan. Antaranya ialah:


GULA

Tambahkan sesudu gula ke dalam masakan yang pekat seperti masakan sambal untuk mengurangkan pedas.


UBI KENTANG

Ubi kentang bukan sahaja berfungsi menyerap rasa masin, tetapi juga boleh mengurangkan rasa pedas dalam masakan berkuah atau sambal.


KACANG TANAH

Goreng atau bakar kacang tanah yang mencukupi dalam masakan yang pedas. Rasa rangup dan lemak kacang akan menyeimbangkan rasa pedas. Cara ini biasa digunakan dalam masakan pedas.


AIR

Lebihkan air didalam masakan. Tetapi cara ini mungkin kurang digemari kerana membuatkan masakan menjadi cair. Tetapi ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan rasa pedas.


LEBIHKAN BAHAN-BAHAN LAIN

Lebihkan bahan-bahan yang lain dalam masakan seperti sayur-sayuran ataupun buah-buahan iaitu nanas menyeimbangkan rasa pedas.


~ Selamat Mencuba ~