pages

Tuesday, 15 November 2016

5 PETUA ATASI TIDUR BERDENGKUR




KUNYIT HIDUP DAN MADU

Amalkan cara ini sebelum masuk tidur. Hiriskan kunyit hidup secara nipis dan halus. Kemudian masukkan ke dalam air panas. Apabila air sudah menjadi suam. Tapis dan minum.



TINGGIKAN BANTAL

Posisi kepala yang lebih tinggi dapat membantu melancarkan serta memudahkan sistem pernafasan. Posisi seperti ini akan mendorong lidah serta rahang bergerak ke depan. Malah ia juga melancarkan aliran oksigen yang melalui kawasan leher.




TIDUR SECARA TERATUR

Tidur yang lemah dan tidak bermaya boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur dengan kuat. Keadaan ini terjadi kerana otot ditubuh badan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan sempurna.




TIDUR SECARA MENGIRING

Tidur dalam keadaan mengiring mampu melancarkan aliran darah. Ia juga meminimakan tekanan pada organ pernafasan. Cara ini juga akan membuatkan pernafasan lebih sempurna.



HINDARI ROKOK

Menurut beberapa kajian di luar negara, kebanyakan individu yang merokok berpotensi mengalami masalah berdengkur yang teruk kerana wujudnya selaput yang melekat di paru-paru akibat asap rokok.