AIR
Minum lebih banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkannya. Elakkan minuman beralkohol, kafein, minuman manis dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
SEDUT WAP AIR PANAS
Petua merawat resdung ialah dengan wap muka dengan air panas. Masakkan air dan masukkan sedikit garam sehingga ia mendidih lalu matikan api. Letakkan kepala anda dalam jarak 30 cm di atas air dan wapkan muka anda selama 15 minit. Untuk lebih berkesan, tutupkan kepala atau selubungkan kepala anda dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul. Lakukan 3 kali sehari hingga resdung reda.
TUALA
Gunakan tuala untuk memampatkan muka dengan air panas. Caranya dengan memanaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih. Celupkan tuala ke dalam air dan perah airnya. Letakkan tuala menutupi wajah anda. Cara ini dapat membantu liang roma mengeluarkan lendir yang terkumpul dibahagian bawah mata dan kawasan disekitar hidung.
LIDAH BUAYA
Lidah buaya mengandungi sifat antiseptik yang boleh digunakan untuk merawat masalah resdung. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk lebih berkesan, minum rebusan lidah buaya secara teratur.
LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN
Merawat resdung dengan mencampurkan limau nipis dengan daun pandan.
- 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan
- Hiris halus-halus daun pandan
- Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, tapis air untuk pisahkan biji limau
- Campur air perahan limau dengan daun pandan
- Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan
- Tapiskan sekali lagi untuk asingkan air dan hirisan daun pandan
- Cuci muka anda terlebih dahulu dengan air biasa
- Kemudian, barulah cuci muka anda dengan air campuran tadi. Elakkan dari terkena mata dan bibir
- Tunggu wajah kering dan sapukan lagi
- Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik
- Akhir sekali, cuci wajah anda dengan air biasa
Kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Semasa anda melakukan kaedah ini, anda harus bertahan kerana kesannya agak pedih namun terkawal. Kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda.
KUNYIT ATAU HALIA
Kedua rempah ini biasa ditemui di india dan beberapa negara di Timur Tengah.
Pada kunyit terkandung sifat-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman panas ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
CUKA EPAL DAN MADU
Petua menghilangkan resdung selanjutnya adalah dengan meminum campuran cuka epal bersama madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam secawan air panas atau teh. Kemudian, tambahkan limau dan madu. Amalkan minum 3 kali sehari.