STIM @ WAP PANAS
Stim atau wap panas adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Masakkan air hingga mendidih dan tutupkan api. Halakan wap atau stim ke muka anda. Untuk bayi, lapiskan dengan kain napkin yang nipis untuk pastikan wap panas tidak terus menghala ke muka bayi. Sambil itu tepuk-tepuk belakang bayi dengan perlahan bertujuan untuk longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis bayi.
MADU
Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksida yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan 1 sudu besar madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ia membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.
LARUTAN AIR GARAM
Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada dekat dapur dengan segelas air suam. Kumur dan pastikan anda kumur juga pada tekak. Ulang semula sehingga air garam segelas anda habis. Lakukan setiap hari sehingga tekak anda sembuh. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak.
JUS NENAS SEGAR
Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.
CILI CAYENNE
Makanan bercili atau pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.
KUNYIT
Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.
TEH BUNGA CHAMOMILE
Teh bunga chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah sahaja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan teh. Minum dengan perlahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.

BAWANG PUTIH
Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.
AIR
Minum air kosong banyak. Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk 'clear' kan kahak.
~ Selamat Mencuba ~