Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Misz Aira nak kongsikan kepada anda 6 makanan yang dapat membantu kurangkan kadar kolesterol. Antaranya ialah :
BAWANG MERAH
Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
JUS OREN
Amalkan pengambilan jus oren kerana ianya mengandungi Vitamin C, folate, dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
OAT
1 Cawan oat bersamaan dengan 3 gram serat dan beta-glucan. Tambahkan buah-buahan atau walnut untuk menyedapkan lagi out.
BIJI KETUMBAR
Masukkan 2 sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari. Untuk rasa lebih sedap, tambah sedikit gula atau susu.
CUKA EPAL
Campurkan satu sudu cuka epal dalam segelas air. Minum 2 hingga 3 kali setiap hari. Untuk rasa lebih enak, gantikan air suam dengan jus epal, jus oren atau jus kegemaran anda.
KEKACANG
Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ianya kaya dengan serat.
~ Selamat Mengamalkannya ~