Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Petua kali ini yang Misz Aira nak kongsikan dengan anda adalah sekiranya anda tercekik tulang ikan dan apa yang patut anda lakukan untuk membantu keluarkan tulang ikan tersebut. Semoga perkongsian 6 petua ini dapat selesaikan masalah anda. Antaranya ialah:
GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
NASI
Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melicinkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan. Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan.
~ Selamat Mencuba ~