Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Misz Aira nak kongsikan kepada anda 6 petua yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah kutu dalam beras. Antaranya ialah :
CILI KERING
Cili Kering dapat memberikan rasa dan bau pedas pada beras. Caranya ialah dengan letakkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas penyimpanan beras, cara ini bukan sahaja dapat menghalau kutu beras malahan dapat mencegahnya untuk kembali.
BAWANG PUTIH
Bawang Putih juga dikatakan mampu menghalau kutu beras dengan cara potong bawang putih tersebut ke dalam bekas beras yang berkutu kemudian tunggu sehingga kutu beras keluar dari bekas tersebut.
DAUN ASAM JAWA
Mungkin cara ini agak payah kerana bukan semua tempat boleh mendapatkan daun asam jawa. Tetapi jika anda mempunyai pokok asam jawa di rumah, manfaatkan daunnya dengan cara menyimpannya di dalam tong beras.
KAYU MANIS
Selain dijadikan rencah dalam masakan, rempah ini juga dikatakan mampu untuk menghalau dan mencegah dengan cara menyimpannya di dalam bekas penyimpanan beras.
DAUN LIMAU NIPIS
Selain dapat menghilangkan bau hanyir masakan, daun limau nipis juga berupaya untuk menghalau kutu yang terdapat pada beras iaitu dengan cara menyusunnya di bahagian bawah beras, tengah dan juga atas.
DAUN BELIMBING BULUH
Selain buahnya boleh digunakan dalam masakan, daunnya juga boleh dimanfaatkan dengan cara menyimpannya didalam bekas simpanan beras untuk menghalau kutu beras.
Semoga 6 petua ini dapat membantu anda mengatasi masalah kutu dalam beras. Selamat mencuba.